Satu perjumpaan di antara pihak kementerian dengan guru-guru cemerlang Sains dan Matematik di seluruh Malaysia. Aku wakil bagi negeri Perlis. Perjumpaan ini lebih kepada perbincangan dan memberi penambahbaikkan kepada PPSMI.
Seorang guru Sains yang bertugas di SKGN, Perlis.Pengalaman mengajar bermula 1/8/1997-kini. Pengalaman pertama mengajar di SK Gaul To'deh pada 1/8/97 - 31/12/1999. Kini bertugas di SKGN mulai 1/1/2000-kini. Bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd,InsyaAllah. Dalam kerjaya cuba untuk menginovasikan kaedah p&p yang bersesuai dengan murid-murid.Kaedah yang telah berjaya dihasilkan ialah Formula Sains dengan menggunakan kaedah akronim. Kejayaan yang telah diperolehi pernah membentangkan kaedah akronim ini iaitu Seminar Penyelidikan peringkat Kebangsaan anjuran EPRD, Kajian Tindakan OUM (degree) dan terkini Penulisan Thesis di peringkat Sarjana... Harap Kaedah akronim yang dicipta ni akan membawa kejayaan dalam bidang kerjaya pendidikan yang aku minati.
No comments:
Post a Comment