Sudah diketahui umumnya guru-guru kini semakin ramai yang melanjutkan pelajaran untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Ini adalah guru-guru yang sambut cabaran pihak kementerian yang ingin meningkatkan profesional perguruan ke bidang yang lebih tinggi dan global.
Dalam pada itu, secara tidak langsung ianya telah menjadi satu cabaran buat kita semua sebagai pendidik yang perlu berusaha keras dalam menghadapi cabaran ini.
Aku adalah salah seorang pendidik yang terlibat secara langsung dalam cabaran ini, pada pendapat aku sikap mendisplinkan diri terutama dari segi pembahagian masa adalah cukup ketat sekali.
Masa yang perlu aku bahagikan adalah untuk rumahtangga iaitu suami, anak, membersih rumah, pakaian, manakala sekolah perlu aku bahagikan untuk pentadbiran, tahun 6, setiausaha PIBG, kemaskini Skim Bantuan Tambahan (SBT), dan kelas tuisyen PIBG. Tidak ketinggalan pula tanggungjawab kita terhadap tanggungjawab bersama masyarakat terutama jiran tetangga iaitu mengadakan gotong-royong, kenduri-kendara dan lain-lain.
Masa untuk balik kampung juga perlu diisi iaitu tanggungjawab aku kepada keluarga di kampung tambahan pula ayahku yang sedang sakit kini. Beliau mengidap penyakit pakinsen. Sememangnya tanggungjawab yang perlu aku pikul adalah amat berat.Tetapi apabila difikir...ini tanggungjawab kita yang sepatutnya diambil oleh kita.
Manafaat melancong iaitu CUTI-CUTI Malaysia pada musim cuti sekolah aku tidak dapat manafaatkan kerana tanggungjawabku menjaga ayah yang sedang sakit dikampung adalah lebih penting. Tapi..aku cuba juga encari jalan supaya CUTI-CUTI Malaysia dapat diambil, dengan aku gunakan semasa cuti berkembar Sabtu dan Ahad.
Apa pun rintangan yang aku tempuhi, gengam bara api biarlah sampai menjadi bara, InsyaAllah. Displin masa adalah penentu masa depan kita. Demi masa..sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment